About me about my kakak2. :)
Hmm "Sisters make the best friends in the world"? ya, haha. istilah "sisters" kalau bagi sa bukan hanya adik beradik kandung tetapi juga untuk orang yang saya hargai, saya sayangi dan yang rapat dengan saya.
saya dilahirkan tanpa kakak. Tapi saya percaya Tuhan punya rencana yang indah. kerana sekarang, meskipun tidak mempunyai kakak kandung tetapi saya mempunyai kakak di dlm Kristus Yesus. mempunyai satu BAPA. :) . Mungkin bagi mereka yang mempunyai kakak, mereka akan sangat tertanya tanya, kenapa saya sangat rapat dengan kakak2 saya yang walaupun bukan darah daging yang sama, mungkin ada juga yang mengatakan sesuartu yang buruk di belakang saya, tapi itu saya tidak kisah, kerana mereka tidak faham. haha. maapla~. tapi inilah yang membuat saya gembira. memiliki kakak2 yang mengasihi saya, yang mengambil berat akan saya dan juga menegur saya.
betapa seronoknya mempunyai kakak, yang juga menjadi sahabat yang baik. saya sangat bersyukur kerana Tuhan telah meletakkan kakak2 yang baik yang selalu mendorong saya, menjaga saya. yang pastinya, saya akan terus berkongsi pengalaman hidup, saling mendoakan mereka walaupun mereka jauh..
BAPA, saya berdoa agar Engkau menjaga mereka, dimanapun mereka berada. dalam apapun yang mereka lakukan biarlah Engkau yang menyertai. Berkati kesihatan mereka dan penuhi mereka dengan kasihMU, sukacitaMU dan damai sejahtera. Sa doakan juga untuk persahabatan kami, kerana saya yakin apabila Engkau yang menjadi sumber kasih kami, persahabatan kami akan kekal selamanya, sampailah Engkau memanggil kami untuk kembali kepadaMU... AMEN. :D
No comments:
Post a Comment